Seorang guru digantung tugas, pelajar dakwa sering terima mesej tak senonoh

2 Apr 2024 • 12:21 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Beberapa hantaran tular di jaringan X mendedahkan perbuatan seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Tumpat, Kelantan.

Menerusi hantaran tersebut, beberapa orang pelajar dan bekas pelajar mendedahkan guru terbabit merupakan seorang yang ‘bermasalah’.

Ada di antara mereka menerima mesej tidak senonoh di aplikasi WhatsApp dan juga Facebook. Bukan sahaja pelajar yang masih menuntut di situ, malahan bekas pelajar turut menerima mesej yang sama.

image is not available

“Masa saya Tingkatan 1, senior dah beri amaran pada saya supaya berhati-hati dengan cikgu tu. Dia akan hantar mesej-mesej tak senonoh, lebih-lebih lagi kalau pelajar tu cantik.

“Walaupun sudah beberapa kali dikesan dengan perbuatan cikgu tu, saya terkejut bila dapat tahu dia masih diberikan peluang mengajar di sekolah tu,” tulis bekas pelajar.

Dalam pendedahan tersebut juga, mangsa-manga mengatakan beberapa aduan sudah dikemukakan tetapi tiada tindakan yang dibuat, sebaliknya mereka dituduh memfitnah guru terbabit.

image is not available

Pihak sekolah juga dikatakan meminta mangsa-mangsa untuk menurunkan segala hantaran di media sosial mengenai pendedahan tersebut.

Susulan itu, menerusi satu hantaran di X, Ketua Polis Kelantan sahkan pihak polis akan memanggil kesemua saksi yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.

image is not available

“Siasatan dijangka selesai dalam masa sebulan. Cikgu lelaki terbabit sudah diambil keterangan dan kini sedang digantung tugas,” tulis Sir Kamarul.

Sumber: X