Seorang Guru Wanita Ditahan Polis, Disyaki Terlibat Kes Dera Budak 6 Tahun Di Sebuah Tadika Swasta

31 May 2025 • 2:50 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Polis telah menahan seorang guru perempuan kerana disyaki telah mendera seorang budak perempuan berusia enam tahun di sebuah tadika swasta di Selangor.

Menurut laporan Berita Harian, guru wanita itu ditahan reman bermula hari ini selama enam hari sehingga 5 Jun nanti untuk siasatan.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir iaitu Ketua Polis Daerah Gombak.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Difahamkan, kejadian dera itu dilakukan di sebuah tadika swasta di Kota Emerald, Rawang.

Bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian dera terbabit setelah mendapati kesan kecederaan pada anaknya.

Mangsa yang berusia enam tahun itu memberitahu bahawa kecederaan itu terjadi akibat dari perbuatan gurunya di tadika.

Difahamkan, kecederaan itu terjadi dengan menggunakan pen oleh guru terbabit.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.