Seorang Ibu Mengaku Tidak Bersalah Sebabkan Anak Perempuan Meninggal Dunia Dalam Kereta

22 Dec 2023 • 2:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kes seperti ini banyak berlaku dalam masyarakat kita sehinggakan ada yang dewasa juga ada yang meninggal dalam kereta kerana keracunan gas. Lebih menyedihkan apabila kes ini melibatkan kanak-kanak dek kecuaian ibu bapa atau penjaga.

Itulah nasib yang perlu dilalui seorang wanita apabila didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan anak perempuannya, Airis Heidi Mohammad Hafiz, berumur 2 tahun tiga bulan sehingga meninggal dunia.

Wanita itu didakwa telah meninggalkan anak perempuannya di dalam kereta sehingga meninggal dunia. Kejadian itu berlaku pada 8 November lalu di kawasan perumahan Ara Damansara.

Tertuduh, Nur Sari Fardiana Mohd Amran bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebai pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Kes ini mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dengan hukuman tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved