Wanita dakwa ibu saudara meninggal dunia, berpunca dari makan sandwich di R&R Perasing

22 Dec 2023 • 12:13 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita berkongsikan kisah sedih yang menimpa ibu saudaranya yang baru sahaja meninggal dunia.

Punca kematian ibu saudaranya didakwa berpunca dari keracunan makanan. Semasa dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Terengganu, ibu saudaranya telah singgah di R&R Perasing di Terengganu untuk mengalas perut.

Di R&R tersebut, ibu saudaranya telah menjamah sandwich yang dibeli. Didapati sandwich tersebut telah basi.

Dikatakan dua mangsa mengalami keracunan iaitu anak saudara wanita ini dan juga ibu saudaranya. Namun, ibu saudaranya dikatakan kritikal kesan dari keracunan makanan tersebut.

image is not available

“Mak cik kritikal muntah dan berak non-stop, masuk air dan collapse. Masuk ICU Hospital Sultanah Zahirah dan meninggal,” katanya.

Difahamkan, pihak hospital telah membuat laporan kejadian kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, wanita ini menegur sikap peniaga-peniaga supaya bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan supaya tidak berlaku lagi perkara yang tidak diingini.