Seorang lagi individu terlibat pergaduhan pertandingan seni bela diri ditahan

25 Feb 2025 • 6:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Laporan Sinar Harian berkaitan bergaduh selepas penyertaan pertandingan seni bela diri dibatal.

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lagi individu dipercayai terlibat dalam pergaduhan berkumpulan pada pertandingan seni bela diri campuran (MMA) di Dewan Besar Tanjung, Majlis Bandaraya Shah Alam di sini dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek warga tempatan berusia 61 tahun itu, ditahan di sebuah restoran di Puchong, sekitar 10 malam semalam.

"Semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai lapan rekod jenayah lampau. Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata tempoh reman dua suspek yang ditahan pada 23 Februari lepas yang disyaki terlibat dalam kes sama, disambung selama sehari.

Sebelum ini, Mohd Iqbal dilaporkan berkata pergaduhan melibatkan kira-kira 15 individu itu tercetus akibat pertengkaran yang berlaku antara dua peserta yang dibatalkan penyertaan kerana ketidakhadiran pihak lawan atas alasan sakit.

Beliau berkata polis sedang menyiasat dakwaan terdapat penglibatan kongsi gelap sehingga menyebabkan situasi menjadi tidak terkawal dalam kejadian berkenaan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved