Seorang lagi kontrakor jadi mangsa tender palsu KPKT

LocalPolitics
27 Jul 2026 • 9:05 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Seorang lagi kontrakor jadi mangsa tender palsu KPKT

KUALA TERENGGANU – Seorang lagi kontraktor elektrik menjadi mangsa penipuan tender Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang tidak wujud sehingga kerugian RM152,550.

Lelaki berusia 68 tahun yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada 2 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, kontraktor itu telah menerima emel daripada suspek yang mengaku kononnya pegawai KPKT pada pukul 9.13 pagi, 14 Julai lalu di rumahya di bandar raya ini.

“Mangsa ditawarkan kononnya projek pemasangan lampu solat di Kampung Tanjung Baru, Hulu Terengganu sebelum menghubungi suspek.

“Suspek kemudiannya berpura-pura menyemak profil syarikat mangsa sebelum kononnya meluluskan pendaftaran permohonan tender,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, suspek seterusnya menghubungi kontraktor terbabut untuk menawarkan satu projek lain membekalkan tiga unit alat jana kuasa bernilai keseluruhan RM50,850 kononnya untuk kegunaan KPKT di Putrajaya.

Beliau berkata, kontraktor itu yang teruja telah setuju untuk membekalkan sembilan gajet terbabit apabila dijanjikan kononnya bakal menerima pembayaran RM252,000 bagi pembekalan terbabit dalam tempoh cuma enam hari.

Kosmo! Online semalam melaporkan seorang kontraktor pendawaian kerugian RM50,400 akibat diperdaya tawaran tender pembekalan KPKT yang sebenarnya tidak wujud disyaki didalangi suspek sama. – KOSMO! ONLINE

The post Seorang lagi kontrakor jadi mangsa tender palsu KPKT appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved