Seorang lagi korban Palestin berhampiran Baitulmaqdis

27 Jan 2023 • 11:09 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

BAITULMAQDIS: Seorang pemuda Palestin telah ditembak dan dibunuh semasa konfrontasi dengan tentera israel di bandar al-Ram, utara bandar Baitulmaqdis, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada petang Khamis.

Kementerian itu melaporkan bahawa Yousef Yahya Muheisen, 22, ditembak oleh tentera israel semasa konfrontasi yang tercetus antara tentera israel dan penunjuk perasaan yang mengadakan perarakan membantah pembunuhan sembilan penduduk Palestin di Jenin semalam.

Muheisen ditembak dengan peluru hidup dan dibawa ke Kompleks Perubatan Ramallah, di mana dia berada dalam keadaan kritikal.

Arwah disahkan meninggal dunia akibat lukanya yang serius.

Muheisen menjadi rakyat Palestin ke-10 yang dibunuh oleh tentera israel pada Khamis berikutan serangan agresif ke atas bandar dan kem Jenin, yang membunuh sembilan rakyat Palestin serta menyebabkan berpuluh-puluh yang lain cedera.

Memetik Times of Gaza, pasukan penceroboh israel telah membunuh 31 rakyat Palestin setakat hari ini dalam tempoh tahun baharu,

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia