Seorang lagi mangsa kemalangan lori terbabas meninggal dunia

18 Jan 2026 • 9:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan lori terbabit nahas di Jalan Selancar-Redong meragut dua nyawa warga Bangladesh pada Sabtu. Foto Polis Rompin

ROMPIN - Pekerja ladang warga Bangladesh yang parah dalam kemalangan lori yang meragut dua nyawa rakan senegara di Jalan Selancar–Redong di sini, Sabtu lalu, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Segamat pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa, Mohamad Askar, 41, yang parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang.

Menurutnya, susulan kemalangan yang meragut nyawa tiga penumpang lori itu, polis turut menahan pemandunya yang juga warga Bangladesh untuk siasatan lanjut.

“Lelaki berusia 45 tahun itu ditahan reman selama empat hari bermula Ahad hingga Rabu depan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dua pekerja ladang sawit warga Bangladesh maut selepas lori yang dinaiki bersama dua rakan senegara terbabas ketika cuba memotong kenderaan lain.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.25 petang itu, mangsa, Md Kader, 34, dan Md Dalim, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohamad Askar cedera parah di bahagian kepala manakala pemandu lori, Kiron, 45, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan awal polis mendapati kesemua mangsa yang beralamat di Segamat, Johor, dipercayai menaiki lori milik majikan dalam perjalanan dari arah Felda Redong menghala ke Felda Selancar.

Ketika tiba di lokasi kejadian, pemandu lori dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain sebelum hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan.

Akibat kemalangan tersebut, lori jenis Daihatsu V57A yang membawa muatan racun sawit terbalik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved