Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa seorang individu dari China telah cuba untuk menyeludup sejumlah besar SSD ke dalam negara tersebut. Terkini, satu lagi laporan telah keluar yang memperlihatkan seorang lagi individu cuba untuk menyeludup cip pemprosesan pula ke negara tersebut.

Modus operandi individu ini tidak begitu berbeza apabila dibandingkan dengan sebelum ini, dimana dia telah membungkus dan melekatkan sebanyak 306 keping CPU di sekeliling badan dan juga kakinya, dimana berat cip-cip pemprosesan ini dianggarkan sebanyak 15KG.

Ini menyebabkan penyeludup tersebut berjalan secara mencurigakan, dan menyebabkan pihak kastam Macau untuk mencarinya untuk barang-barang seludup. Sama seperti laporan sebelum ini juga, individu ini dilihat menyeludup komponen-komponen ini melalui pelabuhan di Macau juga, sebelum ke China.
Butiran mengenai cip pemprosesan yang diseludup tidak diketahui lagi, tetapi melalui gambar yang dilihat, ia dilihat mempunyai rekaan sebuah cip pemprosesan AMD Ryzen.
- Sumber
- People’s Daily



