Seorang Lelaki Cuba Rompak Kedai Emas Dengan Pistol, Rupa-Rupanya Pistol Mainan

8 Dec 2022 • 9:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki itu cuba merompak sebuah kedai emas di Ipoh dengan pistol mainan

Seorang Lelaki Cuba Rompak Kedai Emas Dengan Pistol, Rupa-Rupanya Pistol Mainan. Dilaporkan seorang lelaki berusia 31 tahun telah ditahan polis apabila cuba merompak sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar, Ipoh.

Yang membuatkan situasi mengejutkan adalah suspek telah cuba merompak kedai terbabit dengan menggunakan pistol mainan plastik.

image is not available
Seorang Lelaki Cuba Rompak Kedai Emas Dengan Pistol, Rupa-Rupanya Pistol Mainan

Suspek dikejar beberapa orang ketika anggota polis tiba ke lokasi kejadian

Menurut laporan, suspek yang berasal dari Seremban, telah masuk ke dalam kedai terbabit sekitar jam 2PM dengan alasan mahu membeli rantai emas.

Apabila diberi rantai tersebut, suspek mengambil rantai itu sebelum mengacukan pistol mainannya ke arah pekerja kedai berkenaan dan kemudian lari dari kedai itu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata dua anggota polis dari balai Pasir Puteh telah pergi ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai seorang lelaki cuba merompak sebuah kedai emas.

Apabila tiba ke lokasi, kedua-dua anggota polis berkenaan melihat seorang lelaki dipercayai suspek dikejar beberapa orang.

image is not available
Gambar sekadar hiasan.

Suspek berjaya ditahan dengan bantuan anggota polis dari balai Pekan Baru dan sebuah pistol mainan plastik telah dirampas dari beg suspek.

Difahamkan, kes itu telah diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun.