Seorang Lelaki Ditahan, Bawa 7,000 KG Pakaian Terpakai Dipercayai Diseludup Dari Thailand

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2024 • 11:33 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki yang memandu sebuah lori telah ditahan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) semalam semasa melalui sekat pintas di Pos Nibong, Tumpat, Kelantan gara-gara membawa 7,000 kilogram pakaian terpakai atau baju bundle.

Pakaian terpakai yang dibawa oleh lelaki itu dengan lori tersebut dipercayai diseludup dari Thailand.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak berkuasa telah mendapati bahawa lori itu telah dipandu oleh lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

image is not available

Pakaian bundle tersebut dalam jumlah yang sangat banyak itu dipercayai diseludup dari Thailand untuk dijual ke pasaran tempatan.

Menerusi pemeriksaan pihak berkuasa, barangan yang dibawa dengan lori itu juga didapati tidak mempunyai dokumen sah.

image is not available

Hasil kesemua rampasan baju bundle itu termasuk kenderaan yang dipandu oleh lelaki itu dianggarkan bernilai RM350,000.

Kesemua pakaian itu kemudiannya dirampas dan barang-barang rampasan beserta suspek diserahkan kepada Kompeni Taktikal Pengkalan Kubor untuk tindakan seterusnya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.