Seorang Lelaki Maut Lemas Lepas Jatuh Perigi Ketika Mahu Ambil Wuduk

17 Nov 2024 • 11:54 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berusia 64 tahun dilaporkan maut akibat lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Tasek Bakong, Rantau Panjang, Kelantan pada pagi tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, mangsa, Bahrom Ismail dipercayai sedang mahu mengambil wuduk di perigi tersebut pada sekitar jam 6.30 pagi untuk menunaikan solat Subuh.

Kejadian tersebut kemudiannya disedari oleh anak mangsa yang selepas itu cuba untuk menghulurkan tali ke dalam perigi itu untuk menyelamatkan mangsa.

image is not available

Walau bagaimanapun, bantuan itu tidak berjaya kerana mangsa terus tenggelam.

Menurut anak mangsa, bapanya keluar pada waktu pagi untuk menoreh getah dan dia selalu berwuduk di perigi itu untuk solat Subuh.

Jiran mangsa, Mohd Shamsudin kemudiannya menghubungi pihak bomba setelah mengetahui kejadian tersebut.

Difahamkan, mangsa yang lemas kemudiannya dibawa keluar dari perigi sedalam lebih lima meter itu oleh pihak bomba yang tiba tidak lama kemudian.

image is not available

Mangsa walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia.

Sama-sama kita doakan agar keluarga mangsa tetap kuat dan tabah menghadapi ujian ini.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.