Seorang Lelaki Parah Selepas Terjatuh Ke Landasan LRT Subang Alam

4 Jul 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang lelaki parah pada kepala selepas terjatuh ke landasan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya di stesen Subang Alam dekat Seksyen 27, Shah Alam pagi tadi.

Bagaimanapun, punca kejadian masih belum diketahui namun Rapid Rail Sdn Bhd melalui kenyataan mengesahkan kejadian itu membabitkan seorang penumpang yang menceroboh kawasan landasan stesen berkenaan.

Operasi menyelamat dijalankan anggota kecemasan dan Rapid Rail mengaktifkan perkhidmatan tren alternatif di Laluan Kelana Jaya.

"Kereta api dari Putra Heights kini berhenti di stesen Alam Megah sebelum berpatah balik, manakala tren dari Gombak juga menamatkan perjalanan di Alam Megah sebelum berpatah balik ke Gombak," katanya.

Rapid Rail berkata kemas kini mengenai gangguan perkhidmatan akan disediakan melalui platform media sosial dan pengumuman stesen Rapid KL.