Seorang Lelaki Warga Turkiye Ditahan Di KLIA Cuba Seludup Keluar 10 Ekor Ikan Discus

Entertainment
11 Oct 2025 • 3:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara cuba menyeludup 10 ekor ikan jenis Discus yang masih hidup keluar dari Malaysia tanpa sebarang dokumen sah, seorang lelaki warganegara Turkiye telah ditahan di KLIA semalam, lapor Berita Harian.

Lelaki Turkiye itu ditangkap oleh pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dengan kerjasama pasukan Keselamatan Penerbangan.

Suspek difahamkan berusia 52 tahun dan ikan-ikan hidup tersebut diletakkan di dalam sebuah bagasi yang kemudiannya dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di Pintu Pelepasan Terminal Satelit, Terminal 1 pada petang semalam.

image is not available

Suspek itu membawa bagasi tersebut dan dia dijadualkan menaiki penerbangan ke Doha di Qatar.

image is not available

Permit eksport yang sah, dokumen sokongan dan lesen daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah gagal ditunjukkan oleh suspek apabila diminta oleh pihak berkuasa yang mahu membuat semakan.

Susulan tangkapan suspek, ikan-ikan tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.