Seorang maut, empat cedera van polis terlibat kemalangan di Tapah

17 Nov 2026 • 4:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Seorang maut, empat cedera van polis terlibat kemalangan di Tapah

TAPAH: Seorang anggota polis maut sementara empat lagi dipercayai cedera selepas van polis dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 351.7 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim mengesahkan kemalangan tersebut.

“Mayat dan mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dibawa ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, kemalangan itu dipercayai berlaku pada pukul 11.30 pagi tadi dengan maklumat awal menunjukkan seorang anggota maut, manakala sekurang-kurangnya empat anggota polis cedera.

Van itu membawa 10 anggota polis termasuk pemandu dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan beberapa ibu pejabat polis daerah (IPD).

Video kemalangan itu turut tular dalam media sosial. – UTUSAN

The post Seorang maut, empat cedera van polis terlibat kemalangan di Tapah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved