Seorang maut, seorang cedera motosikal terbabas dalam longkang

13 Jul 2025 • 10:17 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mayat mangsa cuba dikeluarkan dari dalam longkang di lokasi.

MERSING – Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di Jalan Ismail berhadapan Taman Laut awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing, Penguasa Bomba Kanan I, Mohd Samsuri Shafai berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 12.20 tengah malam.

Menurutnya, sebaik menerima panggilan tersebut, dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 12.22 tengah malam, didapati sebuah motosikal jenis Honda RSX telah terbabas ke dalam longkang.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kemalangan melibatkan dua mangsa lelaki. Seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.44 tengah malam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved