Seorang maut, seorang cedera nahas babit motosikal, lori

31 Jul 2023 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari bawah lori treler berkenaan. - Foto BBP Yong Peng

image is not available
Keadaan motosikal dan lori treler yang terbabit dalam kemalangan berkenaan. - Foto BBP Yong Peng

BATU PAHAT - Seorang penunggang motosikal maut sementara seorang lagi cedera dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di hadapan senuah stesen minyak di Yong Peng, di sini pada Ahad.

Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hafiz Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan melalui talian MERS999 pada jam 9.09 malam Ahad.

Katanya, satu jentera fire rescue tander (FRT) dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Yong Peng bersama sembilan anggota bomba dihantar ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba ke tempat kejadian, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati kemalangan melibatkan dua motosikal jenis Honda EX-5dan Yamaha Y-15 dengan sebuah lori treler jenis Scania yang di parkir di tepi jalan.

"PKO mendapati penunggang motosikal EX-5 telah terperosok di bawah lori dan mangsa dikeluarkan menggunakan tandu (stretcher).

"Mangsa seorang lelaki berusia 64 tahun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya sementara penunggang motosikal Yamaha Y-15 dihantar ke klinik berdekatan oleh orang awam sebelum PKO tiba," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Operasi ditamatkan jam 9.29 malam Ahad.