Seorang maut, tiga cedera kereta terbabas rempuh jengkaut

9 Jun 2024 • 9:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pegawai penyiasat kemalangan melakukan siasatan di lokasi kejadian.

GEORGE TOWN - Seorang maut manakala tiga lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebuah jengkaut dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, pada Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan itu kira-kira jam 4.16 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki berusia 28 tahun ditemui maut tersepit di ruang penumpang belakang kereta.

"Tiga lagi mangsa yang cedera iaitu dua lelaki dan seorang wanita dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

"Mangsa yang tersepit di bahagian penumpang belakang telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat dengan menggunakan peralatan khas," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.

Tambahnya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved