Seorang Maut, Tiga Cedera Tong Gas Helium Meletup

21 May 2026 • 10:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Seorang Maut, Tiga Cedera Tong Gas Helium Meletup

Seorang Maut, Tiga Cedera Tong Gas Helium Meletup

SUNGAI PETANI, 21 Mei (Bernama) -- Seorang maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian letupan sebuah tong gas helium di tapak ekspo berdekatan sebuah pasar raya dekat sini hari ini.

Komander Operasi yang juga Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani Timbalan Penguasa Bomba II Siti Norafiza Mohd Noh berkata pihaknya menerima panggilan menerusi sistem NG 999 pada 7.52 malam tadi.

Baca juga:

“Letupan dipercayai melibatkan satu unit tong gas helium yang digunakan untuk mengisi belon kanak-kanak bagi tujuan perniagaan.

“Setakat ini, seorang lelaki berusia 42 tahun dikenali sebagai Azmi Ahmad dilaporkan meninggal dunia manakala tiga lagi mangsa termasuk remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi masih berjalan di lokasi dan dijangka berlaku pertambahan bilangan mangsa yang mengalami kecederaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved