Lelaki Maut Dipercayai Dibunuh Di Depan Kedai Makan

21 May 2026 • 8:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Maut Dipercayai Dibunuh Di Depan Kedai Makan

Lelaki Maut Dipercayai Dibunuh Di Depan Kedai Makan

PONTIAN, 21 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada 3.53 pagi.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan parah di tangan serta kaki.

Baca juga:

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh. Polis giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif kejadian serta mengesan suspek yang terlibat.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Ahmad Shah Abdul Rasheed di talian 019-7578020 atau hadir ke balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved