Seorang Mekanik Maut Selepas Terkena Tayar Ganti Terbang

LocalCars
6 Feb 2025 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang mekanik maut selepas terlanggar tayar ganti Toyota Hilux yang tercabut dari kenderaan itu selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Pedas semalam.

Kemalangan itu turut membabitkan lima buah kenderaan menyebabkan empat mangsa lain cedera.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, nahas berlaku ketika bas dalam perjalanan dari Singapura menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

image is not available

Setibanya di lokasi, bas itu melanggar belakang lori yang berada di lorong kiri. Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong kanan. Toyota Hilux dan BMW yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang lori tersebut.

“Selepas perlanggaran itu, tayar ganti Toyota Hilux tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar motosikal yang bergerak di lorong kecemasan,” katanya.