Seorang Pekerja Maut, 3 Orang Lagi Cedera Selepas Terhidu Bahan Kimia Berbahaya Di Pulau Pinang

LocalPolitics
1 Feb 2025 • 12:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pekerja di Pulau Pinang dilaporkan telah meninggal dunia selepas terdedah dan terhidu bahan kimia berbahaya selepas menjalankan kerja-kerja fumigasi kawalan makhluk perosak di sebuah kilang di negeri itu baru-baru ini.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang menerusi Facebook, tiga orang lagi pekerja pula dilaporkan cedera selepas terhidu bahan kimia berbahaya tersebut.

Seorang daripada tiga yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal manakala dua lagi telah mendapat rawatan.

Difahamkan, mangsa-mangsa tersebut merupakan pekerja syarikat kontraktor yang dilantik untuk menjalankan kerja-kerja fumigasi kawalan makhluk perosak untuk menghapuskan serangga di kilang berkenaan.

Kerja-kerja fumigasi itu telah dilakukan bermula 21 Januari hingga 28 Januari lalu dan ia melibatkan lapan orang pekerja.

image is not available

Mangsa bersama seorang lagi rakan mangsa bagaimanapun dilaporkan telah kembali semula ke lokasi fumigasi itu pada 29 Januari kerana mahu mengambil bacaan gas di salah sebuah bangunan kilang berkenaan.

Kedua-dua mereka kemudiannya telah sesak nafas, pengsan dan muntah-muntah selepas keluar dari bangunan kilang tersebut.

image is not available

Selepas dibawa ke hospital, salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia di hospital makala seorang lagi masih di dalam unit rawatan rapi (ICU) di hospital berkenaan.

Sehingga siasatan selesai dijalankan, kawasan lokasi fumigasi di lilang tersebut telah diarahkan untuk ditutup dan notis larangan penggunaan bahan kimia berbahaya iaitu Metyl Bromide juga telah dikeluarkan.

Pihak majikan juga telah diarahkan oleh Jabatan Kesihatan untuk menyiasat perkara itu agar punca kejadian terbabit dapat dikenal pasti.

Siasatan susulan juga akan turut dijalankan oleh pihak JKPP Pulau Pinang.

Sumber:

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.