Seorang pelancong maut, bas ekspres dari Singapura terbakar

13 Jan 2024 • 10:53 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang pelancong maut terbakar manakala enam lagi cedera termasuk dua parah selepas bas ekspres dinaiki terbakar dalam nahas di Kilometer 198.0 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh, Timbalan Penguasa Bomba ll, Zahrul Azha Mokhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi itu, bas dua tingkat berkenaan dalam perjalanan dari Singapura menuju Kuala Lumpur membawa 30 penumpang.

Katanya, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.55 pagi sebelum 21 pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik sahaja tiba didapati sebuah bas terbakar 100 peratus selepas bas itu melanggar sebuah motosikal yang terbabas sebelum itu.

“Bas membawa 30 mangsa dan kejadian mengakibatkan tiga daripadanya cedera sebelum dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

image is not available
Bas tersebut membawa 30 mangsa, di mana tiga daripadanya cedera. - Ihsan Bomba, 13 Januari, 2024

Katanya, bomba turut mencari dan mengesan jika ada mangsa lain di bahagian bawah bas dan sepanjang 150 meter laluan lebuh raya.

“Pemeriksaan mendapati penunggang motosikal berkenaan juga tiada di lokasi dan dapat dihubungi selamat di lokasi lain berdasarkan nombor plat yang dijejaki pihak polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu mengesahkan nahas tersebut dan seorang penumpang maut akibat terbakar.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat. - 13 Januari, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved