Seorang Penceramah Bebas Ditahan Polis, Disyaki Sebar Video Intim Bersama 4 Isteri

LocalPolitics
6 Jul 2025 • 12:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara sebar video intim bersama empat orang isterinya, seorang penceramah bebas berusia 39 tahun baru-baru ini telah ditahan oleh pihak polis.

Astro AWANI melaporkan bahawa video seks itu bukan hanya melibatkan keempat-empat orang isterinya malah ada juga beberapa wanita lain yang terlibat.

Laporan polis difahamkan telah dibuat oleh isteri keduanya.

Isteri kedua penceramah bebas itu ketika membuat laporan polis mendakwa lelaki itu yang juga suaminya telah menyebarkan video intim mereka termasuk madu-madunya sekali.

image is not available

Susulan laporan polis itu, pihak polis telah menahan penceramah bebas itu pada awal Julai lalu dan telah direman selama empat hari.

image is not available

Ketika ditahan, dua telefon pintar serta komputer riba yang dimiliki suspek turut dirampas oleh polis untuk siasatan.

Beberapa video hubungan intim suspek bersama isteri-isterinya serta foto mengaibkan wanita lain telah dijumpai dalam telefon suspek selepas disiasat oleh polis.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Astro AWANI

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.