Seorang Pendaki Malaysia Dilaporkan Cedera Lepas Terjatuh Ketika Mendaki Gunung Rinjani Di Indonesia

Entertainment
28 Jun 2025 • 3:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Meskipun baru sahaja kita digemparkan dengan kes seorang pelancong Brazil yang meninggal dunia selepas jatuh di Gunung Rinjani, Lombok, Indonesia, terkini, ada pula kes seorang lagi pendaki di gunung yang sama dilaporkan telah mengalami kecederaah parah selepas terjatuh di gunung tersebut.

Memetik laporan Berita Harian dan Detikcom, pendaki tersebut yang merupakan warga Malaysia difahamkan telah cedera pada kaki dan turut mengalami luka pada kepala.

Difahamkan lagi, pendaki Malaysia itu telah terjatuh kira-kira 200 meter ketika mendaki untuk ke Danau Segara Anak iaitu sebuah tasik di gunung tersebut.

image is not available

Kejadian itu telah disahkan oleh Ketua Balai Taman Nasional Gunung Rinjani.

Susulan kejadian itu, pasukan penyelamat telah ke lokasi untuk memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa.

Pihak mereka juga mengingatkan pengunjung yang mahu mendaki gunung itu agar sentiasa berhati-hati dan memastikan keadaan kesihatan berada dalam keadaan yang terbaik kerana permukaan gunung berkenaan sememangnya mencabar untuk didaki.

Pada awal Mei lalu, Harian Metro telah melaporkan bahawa seorang pendaki Malaysia berusia 57 tahun telah meninggal dunia selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.