Seorang Penerjun Cedera, Dua Terselamat Dalam Acara Terjunan BASE Di Kuantan 

26 Jul 2025 • 11:45 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Seorang Penerjun Cedera, Dua Terselamat Dalam Acara Terjunan BASE Di Kuantan

KUANTAN, 26 Julai (Bernama) — Seorang penerjun cedera manakala dua lagi terselamat selepas tersasar dari lokasi pendaratan dalam acara BASE Jump Extreme Challenge bersempena dengan Pesta Kuantan 188, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Mohd Adli Mat Daud berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, Zainal Chik, 62, mengalami kecederaan akibat terhempas di kawasan bersimen di pekarangan menara Kuantan 188.

“Penerjun itu telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang penerjun dari Australia Andrew Morcombe, 35, yang tersangkut di atas pokok dan peserta tempatan Manan Mahusin, 64, yang tersasar di kawasan sungai tidak mangalami sebarang kecederaan.

“Pihak penganjur dan petugas keselamatan telah mengambil tindakan pantas memberikan bantuan kepada peserta,” katanya.

Mohd Adli berkata siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada keadaan angin kencang dan faktor teknikal ketika proses pendaratan.

Acara itu merupakan sebahagian daripada aktiviti Pesta Kuantan 188 tahun ini dan melibatkan sebanyak 17 peserta dari dalam dan luar negara.

Sumber: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved