Seorang Penumpang Maut, 18 Cedera Bas Ekspres Terbabas Di Lebuhraya PLUS

11 Oct 2025 • 10:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Seorang Penumpang Maut, 18 Cedera Bas Ekspres Terbabas Di Lebuhraya PLUS

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — Seorang lelaki maut manakala 18 lagi cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda di KM293.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Bangi, Selangor awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.57 pagi.

Beliau berkata mangsa yang maut ialah penumpang lelaki berusia 59 tahun yang ditemukan tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan di lokasi.

“Sebanyak 18 mangsa lain cedera dan menerima rawatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata operasi menyelamat melibatkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi, Seri Kembangan dan KLIA bersama beberapa jentera termasuk unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Sumber: Bernama