Suami Isteri Maut, Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran

11 Oct 2025 • 11:51 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suami Isteri Maut, Empat Cedera Dalam Nahas Kemalangan Di Maran

KUANTAN, 11 Okt (Bernama) — Pasangan suami suami yang merupakan pengusaha kedai makan Aziz Satar di Terengganu, maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di KM162.9 Lebuhraya Pantai Timur (arah timur) dekat Maran semalam.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, Aziz Awang, 68, yang memandu pacuan empat roda dan isterinya, Hasnah Mat Nong, 64, berada di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa bersama pekerja mereka dalam perjalanan dari Cameron Highlands menuju ke Kemaman.

“Ketika tiba di tempat kejadian dan cuaca hujan, kenderaan berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata akibat kemalangan itu pasangan suami isteri berkenaan meninggal dunia manakala tiga pekerja wanita kedai makan berkenaan berusia 27, 45 dan 65 tahun cedera.

Beliau berkata turut cedera seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang merupakan anak kepada seorang perkerja terbabit.

Wong berkata mayat suami isteri itu dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat manakala empat yang cedera menerima rawatan di Hospital Temerloh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: Bernama