Seorang polis maut, empat cedera parah kemalangan di Tapah

17 Nov 2026 • 5:05 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

TAPAH: Seorang anggota polis maut sementara empat lagi pada selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah van polis jenis Maxus di Kilometer (KM) 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, hari ini. pada pukul 11.35 pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 11.35 pagi tadi daripada orang awam berhubung kemalangan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, van jenis Maxus yang dipandu oleh seorang anggota bersama 10 penumpang polis yang lain sedang dalam perjalanan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menuju ke Melaka.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, tayar belakang sebelah kiri van tersebut dipercayai pecah secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kenderaan berkenaan hilang kawalan sebelum melanggar penghadang besi di bahagian tengah lebuh raya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, impak kemalangan tersebut menyebabkan beberapa orang penumpang tercampak keluar dari kenderaan. Seorang penumpang berumur 26 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian. Empat yang lain yang cedera parah dan dibawa ke Hospital Slim River.

“Enam lagi mangsa mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya. – UTUSAN

The post Seorang polis maut, empat cedera parah kemalangan di Tapah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved