Seorang rakyat Malaysia maut ketika daki Gunung Elbrus di Rusia

LocalTravel
13 Jul 2026 • 9:53 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Seorang rakyat Malaysia maut ketika daki Gunung Elbrus di Rusia

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Moscow mengesahkan seorang rakyat Malaysia telah meninggal dunia ketika mendaki Gunung Elbrus di Rusia, Sabtu lalu.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataannya berkata, mendiang merupakan sebahagian daripada kumpulan tiga orang rakyat Malaysia yang menyertai pendakian Gunung Elbrus melalui sebuah syarikat pengendali pendakian di negara berkenaan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Moscow telah berhubung dengan keluarga mendiang di Malaysia serta dua rakyat Malaysia yang turut menyertai pendakian tersebut bagi menyelaras segala urusan yang berkaitan dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya,’’ katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pihaknya menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Moscow, akan terus memantau perkembangan kes ini dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya bagi memastikan segala urusan berkaitan dapat dilaksanakan dengan lancar.

“Kementerian turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang,’’ katanya.

Berdasarkan laman web https://explorersweb.com/, Julai dan Ogos merupakan bulan kemuncak bagi pendakian Gunung Elbrus kerana cuaca pada musim panas adalah lebih stabil.

Bagaimanapun gunung tersebut masih merekodkan antara 15 hingga 30 kematian setiap tahun, yang lazimnya berpunca daripada penyakit altitud, ribut yang berlaku secara tiba-tiba atau kegagalan menyesuaikan diri dengan altitud tinggi dengan baik. - 13 Julai, 2026

The post Seorang rakyat Malaysia maut ketika daki Gunung Elbrus di Rusia appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved