Seorang rentung nahas dua kenderaan di Lebuhraya PLUS

9 Dec 2023 • 11:46 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan van yang terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan. - Foto JBPM

BAGAN SERAI - Seorang rentung manakala dua lagi cedera selepas van yang mereka naiki terbakar terlibat dalam nahas dengan sebuah lori di Kilometer 198.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 8.24 pagi.

Menurutnya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai yang tiba di lokasi kira-kira jam 8.42 pagi mendapati sebuah van terbakar keseluruhan selepas berlaku kemalangan jalan raya.

“Terdapat tiga orang mangsa, seorang rentung manakala dua lagi cedera dan telah dihantar ke Hospital Taiping oleh ambulan KKM,” katanya dalam kenyataan di sini.

Bagaimanapun, ujarnya, setakat ini maklumat mangsa tidak dapat dipastikan.

Menurutnya, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kamunting.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Juna Yusoff berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan tersebut. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved