Bekas Pekerja IT Didapati Bersalah Sebabkan Kematian Syed Danial

5 Dec 2023 • 3:54 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang bekas pekerja bidang IT, Yew Wei Liang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuhraya Utara Selatan kira-kira empat tahun lalu.

Pihak pembelaan tak dapat buktikan keraguan

Memetik laporan dari Sinar Harian, hakim, Julia Ibrahim mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan diatas kes ini sehingga ke akhir pembelaan.

image is not available

Bekas pekerja IT gagal buktikan mangsa ancam kecederaan

Difahamkan, pembelaan bagi tertuduh yang berasal dari Kelantan itu gagal membuktikan mangsa melakukan ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isteri.

Susulan daripada itu, Julia memaklumkan, beban untuk membuktikan hak pertahanan diri daripada ancaman kecederaan tubuh, terletak pada bahu tertuduh, mengikut Seksyen 105 Akta Keterangan 1950 ketika membaca keputusan penghakiman.

“Wujud hak untuk mempertahankan harta tertuduh daripada perbuatan khianat oleh mangsa iaitu merosakkan kereta Innovanya, menggunakan kayu bola lisut.

“Bagaimanapun, hak pertahanan harta ini tidak dilanjutkan sehingga menyebabkan kematian simati,” katanya.

image is not available

Jelas Julia lagi, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bagi kesalahan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Bekas pekerja IT bunuh Syed Danial kerana selisih faham di jalan raya

Untuk rekod, Yew Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial Syed Syakir, yang juga pengurus bank di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada 22 Ogos 2019 dalam satu kejadian kira-kira jam 2 petang, pada 10 Ogos tahun sama.

image is not available

Sumber: Sinar Harian ( Noor Azlida Alimin)