Seorang selamat, tiga masih hilang ketika menjala ikan

31 Mar 2024 • 8:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lokasi kejadian di Sungai Kota Perdana, Serdang dipercayai berlaku selepas arus tiba-tiba menjadi deras pada Ahad.

SERDANG - Aktiviti sekeluarga menjala ikan di Sungai Kota Perdana dekat sini berakhir tragedi selepas tiga daripada mereka dikhuatiri hilang pada Ahad.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan BBP Shah Alam dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 4.35 petang.

Menurutnya, mangsa terdiri daripada tiga kanak-kanak termasuk seorang perempuan serta seorang wanita dewasa.

"Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berjaya ditemui dalam keadaan selamat manakala selebihnya masih hilang.

"Kerja-kerja mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh anggota operasi," katanya pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, anggotanya telah berada di lokasi kejadian dan pasukan bomba telah memulakan operasi.

"Usaha mencari baki tiga lagi mangsa iaitu seorang wanita dewasa dan dua kanak-kanak masih dijalankan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved