
KAJANG -Tiga lelaki warga Bangladesh maut akibat dilanggar tren komuter di landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Taman Puncak Utama Jade Hill dekat sini pada Ahad.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden terbabit pada jam 10.53 malam.
"Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mangsa berusia 30-an hingga 40-an itu disyaki menceroboh laluan tren komuter berkenaan.
"Akibat pelanggaran itu, kesemua mangsa tercampak ke sisi laluan tren komuter tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
"Operasi tamat pada jam 12.15 tengah malam dan kes telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut," ujarnya.
