Seorang Wanita & Anak OKU Hilang Dihanyutkan Arus Deras Ketika Banjir Di Kuala Nerang

LocalTravel
28 Sep 2024 • 1:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa lokasi di daerah Kuala Nerang, Kedah telah dilanda banjir kilat selepas hujan lebat di kawasan itu lebih dua jam pada malam tadi.

Memetik laporan Kosmo, lebih 26 buah rumah di Kuala Nerang dinaiki air banjir berkenaan.

Namun, ada kisah menyayat hati yang berlaku ketika banjir di daerah itu kerana seorang wanita berusia 46 tahun dan anak lelaki yang berstatus OKU lembam telah hilang dibawa arus deras banjir tersebut.

Menurut laporan Astro AWANI, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa, Salmah Mat Zain dan anaknya, Muhammad Rosman Rohaidi sedang meredah banjir di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang hari ini untuk pulang ke rumah mereka.

image is not available

Orang awam yang sempat melihat kejadian tersebut telah menghubungi bomba dan pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang telah tiba di tempat kejadian untuk mencari dan menyelamat mangsa.

image is not available

Difahamkan, sebelum dihanyutkan air banjir yang deras, kedua-dua mangsa dipercayai cuba berpaut pada pokok.

Dua beranak itu dikhuatiri lemas dan setakat ini, kerja-kerja pencarian kedua-dua mangsa sedang giat dilakukan.

Sebelum ini, tular di media sosial video yang menunjukkan orang ramai cuba menghalang ibu dan anak itu daripada meredah banjir, lapor Sinar Harian.

image is not available

Sama-sama kita doakan agar kedua-dua mereka ditemui dengan segera.

Sumber: Astro AWANI

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.