Seorang Wanita Melahirkan Bayi Di Kawasan Parkir Pusat Beli Belah, Proses Bersalin Dibantu Staf Mall

Entertainment
23 Aug 2025 • 10:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita baru-baru ini berdepan detik cemas apabila terpaksa melahirkan bayinya di kawasan parkir di sebuah pusat beli belah terkemuka di Bandar Utama, Selangor.

Kejadian tersebut telah berlaku di pusat beli belah 1 Utama beberapa hari lalu.

image is not available

Dalam foto yang tular di media sosial, difahamkan, ibu hamil tersebut telah melahirkan seorang bayi perempuan di kawasan parkir pusat beli belah itu dan telah dibantu oleh staf pusat beli belah yang memberi sokongan kepada ibu dan membantu menyediakan skrin privasi sepanjang proses bersalin.

Menerusi perkongsian di Instagram rasmi 1 Utama, kejadian itu merupakan memori terindah buat pusat beli belah itu kerana tarikh lahir bayi tersebut juga merupakan hari ulang tahun yang ke-30 pusat beli belah itu.

image is not available

Difahamkan juga, ibu dan bayi berada dalam keadaan selamat dan telah digegaskan ke hospital selepas bersalin di pusat beli belah itu.

Menurut perkongsian Instagram itu juga, bayi berkenaan telah dinamakan Amira.

Semoga baby Amira yang comel akan membesar dengan sihat dan cerdas.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.