Seorang wanita Palestin ditembak berhampiran bandar Hebron

18 Apr 2023 • 10:18 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

HEBRON: Tentera zionis israel telah melepaskan tembakan ke arah seorang wanita Palestin berhampiran persimpangan Gosh Etzion, selatan bandar Hebron di Tebing Barat yang dijajah, menurut sumber keselamtan.

Wanita Palestin itu dikenali sebagai Fatima Shaheen, 33, dari kem pelarian Deheisheh di Bethlehem, mengalami kecederaan ringan selepas terkena tembaka di bahu dan kaki oleh tentera.

image is not available
Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

image is not available

Dalam pada itu, peneroka israel juga telah menceroboh rumah dan harta banda penduduk Palestin di kawasan Tebing Barat yang dijajah.

Peneroka israel mengamuk di bandar Kufl Haris, Tebing Barat utara, utara Salfit, menyerang rumah dan merosakkan harta benda, kata sumber tempatan kepada WAFA.

image is not available

Mereka berkata berpuluh-puluh peneroka menceroboh masuk ke bandar di bawah perlindungan tentera zionis yang ketat untuk melakukan ritual keagamaan dan kemudian mengamuk, menjerit, menari di jalanan, menjerit slogan anti-Arab dan menyerang rumah dengan batu sehingga menyebabkan kerosakan harta awam yang lain.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia