Dua lagi rakyat Palestin terkorban berhampiran Nablus

12 Apr 2023 • 7:16 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

NABLUS: Tentera israel telah membunuh dua rakyat Palestin, dan mencederakan seorang lagi, berhampiran perkampungan Deir al-Hatab, timur bandar Nablus Tebing Barat yang dijajah.

Menurut Kementeriaan Kesihatan, dua warga Palestin yang terbunuh itu dikenal pasti sebagai So’oud al-Titi dan Mohammad Abu Thera’.

Saksi melaporkan tentera zionis telah melepaskan tembakan ke arah 3 rakyat Palestin, membunuh 2 daripadanya dan mencederakan seorang lagi.

image is not available
Kredit Foto Twitter Times of Gaza

image is not available

Ahmad Jibril, Ketua Jabatan Kecemasan dan Ambulans Bulan Sabit Merah Palestin berkata, pasukan perubatan memindahkan seorang pemuda Palestin yang ditembak di bahu dengan peluru hidup ke hospital Rafidia.

Tentera israel juga telah menghalang kakitangan perubatan daripada mendekati mangsa warga palestin lain yang cedera bagi memberikan rawatan.

Jenazah dua warga Palestin yang terbunuh itu ditahan oleh tenteri israel.

Tambah Kementerian Kesihatan, dengan pembunuhan al-Titi dan Abu Thera’, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh rejim zionis sejak awal 2023 telah meningkat kepada 100 orang.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia