
Musim 2026 GT World Challenge Asia powered by AWS bakal membuka tirai hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang, dengan barisan penyertaan yang cukup kompetitif melibatkan pasukan serta pemandu bertaraf dunia.
Kejuaraan GT3 paling berprestij di rantau ini terus menjadi pentas utama buat pengeluar seperti Porsche, Ferrari, Lamborghini, BMW, Mercedes-AMG dan Audi, sekali gus menjanjikan persaingan sengit dalam setiap kategori termasuk Pro-Am, Silver dan Am.






Photo: Absolute Racing
Tumpuan tempatan terarah kepada penyertaan pelumba Malaysia, Akash Nandy, yang bakal membawa cabaran negara bersama pasukan Absolute Racing dalam kategori Silver. Beliau akan mengemudi jentera Lamborghini Huracán GT3 EVO2, dengan sasaran untuk mencabar kelompok hadapan dalam grid yang padat dengan pelumba berpengalaman.
Untuk senarai penuh penyertaan rasmi pemandu bagi pusingan Sepang, boleh rujuk di pautan berikut:
👉 Senarai rasmi penyertaan pemandu GT World Challenge Asia Sepang 2026
Dengan gabungan pelumba profesional, bakat muda serta strategi pasukan yang semakin kompleks, musim 2026 dijangka menyajikan aksi yang lebih dramatik dan tidak menentu.
Faktor cuaca panas Sepang serta karakter teknikal litar bakal menjadi cabaran utama kepada semua pasukan, sekali gus membuka peluang kepada mana-mana pasukan yang mampu mengekalkan konsistensi sepanjang perlumbaan.
Secara keseluruhan, pusingan pembukaan ini bukan sahaja menjadi penanda aras awal kejuaraan, malah turut memberikan pentas terbaik buat pelumba tempatan untuk mencuri perhatian di hadapan penyokong sendiri.


The post Sepang Buka Tirai GT World Challenge Asia 2026 Hujung Minggu Ini appeared first on TW Media.


![Kelayakan Piala Asia 2027 [LIVE] Malaysia vs Vietnam – 31 MAC 2026](https://cdn.newswav.com/img/topic/football.jpeg)

