Terbuka Korea: Wei Chong- Kai Wun ke separuh akhir, bakal berdepan pilihan utama

6 Nov 2026 • 6:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Terbuka Korea: Wei Chong- Kai Wun ke separuh akhir, bakal berdepan pilihan utama
Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menundukkan pasangan Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, di Yeosu hari ini

BEREGU lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menundukkan pasangan Jepun, Haruki Kawabe-Kenta Matsukawa, di Yeosu hari ini

Pasangan pilihan ketiga itu, yang merangkul juara Terbuka Perancis bulan lepas, hanya mengambil masa 36 minit untuk menewaskan gandingan ke-49 dunia dari Jepun tersebut, 21-14, 26-24, dalam aksi suku akhir di Stadium Jinnam.

Walaupun diberi tentangan sengit di set kedua, Wei Chong-Kai Wun kekal tenang sebelum menang dengan straight set, sekali gus mengekalkan peluang untuk meraih satu lagi gelaran.

Mereka bakal berdepan pilihan utama, Kim Won Ho-Seo Seung Jae sebelum melangkah ke final, dengan gandingan Malaysia itu belum pernah menang ke atas pasangan dari Korea Selatan itu dalam enam pertemuan terdahulu.

Sementara itu, beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing tersekat di suku akhir selepas tewas 14-21, 18-21 ke atas pilihan utama dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved