
Kuching City turun dengan tonik terbaik menjelang perlawanan menentang Selangor untuk separuh akhir timbal balik kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin esok.
Berjaya menumpaskan wakil Korea Selatan, Gangwon, dalam saingan Liga Juara-juara Asia 2 (ACL2) pasti memberi semangat berlainan buat anak buahnya.
Meskipun hanya sehari sahaja masa berehat sebelum menghadapi hari perlawanan, ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, tetap menganggap mereka mampu mengubah keputusan agregat semasa 2-1 di laman mereka nanti.
Namun, Aidil menuntut konsistensi dan juga karakter dari para pemain menjelang perlawanan penting itu, dalam masa sama kekal merendah diri.
"Kita perlu konsisten -- paling penting kekal merendah diri, kita dapat beraksi dengan baik ketika ini (menentang Gangwon), kita rendah diri dan kita tunjuk lagi pada ahad," kata Aidil Sharin sejurus selepas mengatasi Gangwon.






