
LAHAD DATU: Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang warga asing berusia 23 tahun pada Sabtu.
Difahamkan kejadian berlaku di sebuah rumah tidak bernombor di kawasan ladang di Ulu Segangan, Silabukan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Superintendan Jimmy Panyau berkata mangsa ditemui maut dengan kesan kecederaan di bahagian belakang badan yang dipercayai akibat senjata tajam.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bertindak atas maklumat kami menahan seorang lelaki dan seorang wanita kedua-duanya warga asing berusia 29 tahun pada hari yang sama untuk membantu siasatan.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Jimmy berkata siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



