Sepatutnya Sharul Aimy jadi model, bukan guna patung – Netizen

Men's Fashion
27 Jun 2024 • 12:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Susulan isu pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Olimpik yang disarungkan pada patung ketika hari pelancarannya, netizen mencadangkan nama atlet Sharul Aimy jadi model kepada busana tersebut.

Sebelum ini, warga Malaysia meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pakaian rasmi Olimpik yang dilancarkan baru-baru ini dan berpendapat busana ini tidak secantik pakaian terdahulu.

Sepatutnya Sharul Aimy jadi model…

image is not available

Selain mempertikaikan rekaan corak pakaian itu, warga maya turut mempersoalkan mengapa pakaian rasmi tersebut hanya disarungkan pada patung.

Menurut netizen, sekurang-kurangnya minta atlet negara untuk memperagakan pakaian tersebut disamping mencadangkan beberapa nama model yang bersesuaian.

Menerusi tinjauan di X, beberapa warga mencadangkan nama Sharul untuk menjadi model kepada pakaian itu selain turut menyebut nama atlet lain.

Pakai Sharul Aimy jadi model

image is not available

Sharul Aimy jadi model, hensem kot dia

image is not available

Apa salah tukar atlet sendiri, macam Sharul Aimy

image is not available

Ada je Sharul Aimy jadi model

image is not available

Selain Sharul, netizen turut mencadangkan nama atlet lain seperti Lee Zii Jia, Bertrand Rhodict, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie untuk menjadi model pakaian rasmi itu.

Dalam pada itu, atlet berusia 23 tahun itu turut meluahkan rasa kecewa terhadap rekaan pakaian tersebut menerusi satu hantaran di InstaStory.

image is not available

Terdahulu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Olimpik pada 23 Jun lalu.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini MOM masih menerima kritikan daripada orang ramai atas rekaan pakaian tersebut yang tidak menarik ditambah lagi dengan penggunaan patung.

Namun, Ketua Kontinjen Olimpik Malaysia Daruk Hamidin Mohd Amin berkata rekaan tersebut merupakan hasil tinjauan dalam kalangan para atlet.

Menurutnya, ramai atlet yang meminta untuk mengurangkan rekaan belang yang melambangkan haiwan kebangsaan Malaysia iaitu Malayan tiger (Harimau Malaya).

Sumber: X