“Seperti Biasa, Gagal Menahan Diri..” – Tulis Lagu ‘French Fries’, Aepul Roza Perli ‘Youtuber’ Malaysia?

LocalEntertainment
13 Feb 2025 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi Aepul Roza telah memuat naik satu lagu baru yang dilihat seolah-olah ditujukan buat seorang pempengaruh yang telah memalukan nama negara.

Menerusi hantaran tersebut, Aepul berkata dia tidak dapat menahan diri daripada menulis lagu tersebut yang berkisarkan tindakan kurang bijak pempengaruh tersebut.

Seperti biasa, gagal menahan diri daripada menulis lagu.

 

Terimalah karya funny terbaru saya yang berjudul; French Fries.

Walaupun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun ramai yang berpendapat lagu tersebut ditujukan buat pempengaruh yang sebelum ini didakwa telah memalsukan kehilangan seorang rakan mereka di Bandung, Indonesia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji lagu tersebut selain meminta penyanyi itu untuk terus menghasilkan karya-karya berkisarkan kritikan sosial.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available 5 days ago

Boleh Ke Ammar Nazhan Dikenakan Tindakan Bila Balik Malaysia? Ini Penjelasan Peguam - "PDRM Boleh Siasat Kalau..."