“Seperti cyclists ni dah jadi musuh negara” – Adik Terkilan Abang Cedera, Didakwa Kena Langgar Lari

Entertainment
21 Jul 2025 • 1:42 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak belakangan ini, ada sahaja timbul isu yang melibatkan penunggang atau pengayuh basikal hingga boleh mengancam keselamatan mereka sendiri.

Baru-baru ini, seorang individu mendakwa abangnya terlibat kemalangan akibat dilanggar lari oleh penunggang motosikal di sebuah jalan raya.

Berkongsi perkara itu di laman Threads, dia meluahkan rasa terkilan kerana seolah-olah penunggang basikal kini dilihat sebagai musuh negara.

Menurutnya lagi, abangnya mengikut peraturan di lorong motosikal dan mendakwa laluan itu dibenarkan juga untuk penunggang basikal. Malah dakwanya lagi, abangnya tidak mengganggu pengguna jalan raya lain ketika sedang beriadah.

Bagaimanapun, tidak semena-mena datang sebuah motosikal dari belakang dan menghimpit abangnya lalu jatuh tersembam.

Akibat insiden itu, abangnya mengalami beberapa kecederaan di bahagian muka dan sedang menerima rawatan di hospital.

image is not available

Kecewa dengan insiden yang berlaku, dia mengharapkan keadilan dapat ditegakkan untuk abangnya.

“Penunggang basikal juga ada hak menggunakan jalan raya. Kami tahu had kami dan kami cuba yang terbaik untuk menghormati pengguna jalan raya lain,” katanya.

image is not availableimage is not available

Sekadar info, aktiviti berbasikal di lebuh raya adalah dilarang di negara ini kerana laluan berkenaan digunakan pelbagai kenderaan bermotor seperti lori, bas dan motosikal.

Mereka yang melanggar larangan itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang mana jika didapati bersalah boleh dikenakan denda mencecah RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara 12 bulan.

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article