Serah anjing terbiar dapat RM50

13 Aug 2026 • 10:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Serah anjing terbiar dapat RM50

SEREMBAN – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menawarkan insentif wang tunai kepada orang awam yang menyerahkan anjing terbiar secara sukarela menerusi Program Pemberian Insentif Penyerahan Anjing Terbiar Secara Sukarela 2026, bermula 24 Ogos ini.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Baharuddin berkata, menerusi program itu, individu yang menyerahkan seekor anjing dewasa akan menerima RM50, manakala anak anjing berusia bawah enam bulan pula diberikan RM25.

Menurutnya, inisiatif berkenaan diperkenalkan bagi membantu mengawal populasi anjing terbiar selain meningkatkan aspek kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan pentadbiran MBS.

“Isu anjing terbiar ini terlalu banyak dan mula mengancam keselamatan penduduk sehingga ada yang menyalahkan MBS kerana gagal menangkap haiwan itu.

“Namun, kita berdepan kesukaran kerana apabila operasi tangkapan dijalankan, anjing berkenaan biasanya sudah tiada di lokasi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Masri menegaskan beberapa syarat perlu dipatuhi bagi melayakkan pemohon menerima insentif, antaranya pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap dalam kawasan pentadbiran MBS, manakala anjing diserahkan mestilah hidup, tidak mengalami kecederaan serius, tidak didera serta tidak berlesen atau mempunyai bukti pemilikan.

Menurutnya, semua anjing yang diserahkan akan diuruskan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk ditempatkan di lokasi yang bersesuaian, manakala individu yang mahu mengambil anjing terbabit boleh berbuat demikian dengan bayaran RM250 seekor dan haiwan itu perlu dimandulkan terlebih dahulu.-KOSMO! ONLINE

The post Serah anjing terbiar dapat RM50 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved