Kerajaan Umum Inisiatif 5GB+5GB Data Internet Percuma Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026

LocalTechnology
12 Aug 2026 • 4:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Umum Inisiatif 5GB+5GB Data Internet Percuma Sempena Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan  lima syarikat telekomunikasi akan menyokong inisiatif kerajaan, dan menawarkan data berjumlah 10GB secara percuma menerusi Insentif Rebat RAHMAH HKHM 2026 sempena menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.

Lima syarikat telekomunikasi yang terlibat di bawah inisiatif ini adalah CelcomDigi, Maxis, Unifi Mobile, U Mobile dan juga YES. Semua pelanggan pascabayar dan prabayar di bawah rangkaian telekomunikasi ini akan menikmati data percuma berkenaan.

Untuk data percuma ini, 5GB data internet percuma akan diberikan pada 31 Ogos 2026 sempena Hari Kebangsaan, sementara 5GB lagi akan diberikan pada 16 September 2026 bersempena Hari Malaysia.

Maklumat lanjut berkaitan kaedah penebusan dan sebagainya dijangka dikongsikan syarikat telekomunikasi dalam waktu terdekat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved