Serah Sendiri Kepada Polis, Ridzokumura Nafi Ubat Arwah Isteri Dirampas

Entertainment
8 Mar 2025 • 1:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila polis mengesahkan bahawa wanita Jepun yang terjatuh daripada sebuah bangunan kondo merupakan isteri kepada usahawan, Ridz Okumura.

Susulan pendedahan tersebut, media melaporkan bahawa pihak polis turut merampas enam jenis ubat milik arwah isteri usahawan tersebut dari kediaman mereka untuk siasatan lanjut, lapor Harian Metro.

Namun, Ridz Okumura menerusi video di TikTok menafikan ubat-ubatan milik isterinya itu dirampas, sebaliknya dia sendiri yang menyerahkan ubat-ubat tersebut kepada pihak polis.

@ridz_okumura

Harap semua memahami isu ni #ridzokumura #akiko #skytaizo @Sky Taizo Okumura @Ridz Okumura

♬ original sound – Ridzokumura – Ridzokumura

Ridz menjelaskan kepada warganet di Tiktok bahawa arwah isterinya iaitu Akiko memang ada mengambil ubatan dari negara Jepun dan menurutnya, uba tersebut memang yang dipercayai di negara matahari terbit itu.

Menurutnya, kenyataan bahawa ubatan itu dirampas oleh pihak polis telah mengguris hatinya kerana ubat itu bukan dirampas, sebaliknya dia sendiri yang memberikannya kepada polis.

Tambahnya lagi, dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis berhubung kejadian yang melibatkan arwah isterinya.

Dalam masa yang sama, Ridz mengatakan dia tidak mempunyai niat untuk meminta simpati sebaliknya hanya mahu menjelaskan perkara sebenar yang berlaku kepada isterinya itu kepada pengikut-pengikutnya.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.