Seram! Ibu Kongsi Lukisan Pelik Pada Buku Sekolah Anak, Netizen Saran Rujuk Pada Pakar

4 Nov 2022 • 10:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Menyeramkan! Itulah perkataan yang boleh digambarkan selepas seorang ibu memuat naik lukisan pelik yang dilukis anaknya di buku sekolah.

Melalui video tular itu, pengguna TikTok yang dikenali sebagai Herdiana memaklukan bahawa pada awalnya, dia hanya mahu memeriksa sahaja buku sekolah tersebut.

Namun alangkah terkejutnya dia selepas mendapati terdapat beberapa lukisan yang pelik dan menyeramkan dilukis anaknya di dalam buku tersebut.

Herdiana juga memaklumkan bahawa anaknya itu merupakan seorang yang tidak tahu melukis serta sering ketawa setiap kali mereka ingin berbincang mengenai perkara ini.

image is not available

Di ruangan komen, rata-rata netizen juga terkejut melihat perkongsian Herdiana itu dan menyarankan agar mereka merujuk kepada yang pakar untuk mengenal pasti punca masalah ini.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Menyeramkan bukan bila tengok lukisan tu? Semoga Herdiana dan anaknya mendapat solusi yang terbaik terhadap perkara ini.

Kredit: TikTok Herdiana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media