“Tekanan Perasaan Ke Macam Mana Eh?” – Jumpa Lukisan Menyeramkan, Ibu Dedah Anak Suka Bersendirian

Family & Parenting
4 Nov 2022 • 12:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Nicky Herdiana yang memaparkan beberapa lukisan anak perempuannya telah mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dia difahamkan pada mulanya hanya mahu memeriksa buku tulis sekolah anaknya itu.

Namun, lebih yang mengejutkan apabila dia menyelak beberapa helaian di belakang buku tulis berkenaan dan menjumpai 10 lukisan menyeramkan dilukis oleh anaknya.

Ibu terkejut tengok buku tulis anak perempuan ada benda-benda ni… dia tekanan perasaan ke macam mana eh??

Menjengah di ruangan komen, wanita itu turut menjelaskan bahawa anak perempuannya itu tidak mempunyai kemahiran melukis.

Malah, sejak kebelakangan ini anak perempuannya itu suka menyendiri dan tidur di ruang tamu.

Bila saya slow talk dengan dia, dia just suka dan gelak je… kami selalu juga bergaduh tapi biasalah gaduk anak dengan mak.

Susulan itu, video berdurasi 1 minit itu telah mendapat pelbagai respon daripada orang ramai yang mencadangkan agar dia segera membawa anaknya mendapatkan rawatan psikiatri kerana bimbang mempunyai kaitan dengan kesihatan mental.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mendakwa kemungkinan anaknya itu diganggu makhluk halus dan memberi cadangan untuk membawa anaknya berjumpa ustaz.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

"Dah 'Report' Polis Dari Tahun Lepas" - Lelaki Ugut Bunuh Jiran Lepas Kantoi Suka Hendap & Curi Seluar Dalam Ibu